E-Learning
24 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 23 Oktober 2020 (Jumaat),kelas proses pembelajaran Pentaksiran Kompetensi dan Literasi (PKL) bagi pelajar tahun 5 dari Sk Puak telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Komuniti Krokong bermula dari jam 08:30 pagi hingga 11:00 pagi.Pelajar akan mempelajari dan membuat latihan yang telah disediakan secara dalam talian. Terdapat soalan peperiksaan dan kuiz yang perlu diselesaikan oleh para pelajar.Seramai 7 orang pelajar Tahun 5 dari Sk Puak yang terlibat.
Terima kasih kepada semua pelajar dan guru dari Sk Puak yang terlibat kerana memanfaatkan kemudahan yang ada di Pusat Ekonomi Digital Komuniti Krokong.Diharap pembelajaran ini akan lebih membantu pelajar dengan menambah ilmu pengetahuan dan akan lebih bersedia menghadapi peperiksaan yang akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: